Feeds:
Posts
Comments

KLINIK HAIWAN LYNN & LYNN PETS CORNER mencari pekerja untuk jawatan berikut;
Kami mencari mereka yang berani dengan haiwan , suka kepada haiwan dan boleh mengendalikan haiwan terutama kucing. Berperawatakan cergas dan aktif.

Pembantu Pentadbiran / Kerani (RM 900++)
• pendaftaran , membuat temujanji
• dokumentasi, rekod dan filing
• menyediakan bil
• membantu urusan pentadbiran
• membantu jualan di kedai
Pembantu Kedai Haiwan  (RM 900++)
• cashier / juruwang
• mengemaskini stok dan rekod jualan
• membantu jualan di kedai
Animal Keeper / Penjaga Haiwan ( RM 1000 ++)
• menjaga kebajikan haiwan di klinik
• membersihkan sangkar haiwan
• memberi makan dan minum serta kesihatan haiwan
• membantu urusan penjagaan haiwan
Veterinarian Assistant / Pembantu Veterinar
• membantu tugas Dr Veterinar
Veterinarian/ Doktor Veterinar
• bertugas sebagai Dr Veterinar
LAIN LAIN MAKLUMAT
• Kelayakan MINIMUM adalah SPM KECUALI untuk jawatan VET. ASSISTANT dan VETERINARIAN ,  untuk dua jawatan tersebut KELAYAKAN minima adalah degree dalam bidang yang berkaitan.
SYARAT wajib untuk memohon BOLEH MEMBACA, MENULIS, MENGIRA dan MAHIR MENGGUNAKAN ASAS KOMPUTER. 
FASIH bertutur dalam BAHASA MELAYU dan BOLEH MEMAHAMI dan BERTUTUR DALAM BAHASA ENGLISH
• Mereka yang TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN boleh memohon
• pemberian ELAUN ASAS, dan ELAUN TAMBAHAN bergantung kepada KERJA DAN KEBOLEHAN
• caruman KWSP & SOCSO disediakan
• pemberian BONUS & KERJA LEBIH MASA bergantung kepada keperluan
ATIVITI LUAR, KURSUS & SEMINAR berkaitan mengikut keadaaan semasa
BERMINAT sila HUBUNGI
• Dr Lynn Yamin 
• call / sms +60172395247  +603 7846 1659
• email: lynnvetclinic@yahoo.com.my
WALK IN INTERVIEW di KLINIK HAIWAN LYNN, 39 JALAN OPERA K U2/K, TAMAN TTDI JAYA, 40150 SHAH ALAM –  sms / call sebelum datang

 

KLINIK HAIWAN LYNN mencari pekerja untuk jawatan berikut ;
Kami mencari mereka yang berani dengan haiwan , suka kepada haiwan dan boleh mengendalikan haiwan terutama kucing. Berperawatakan cergas dan aktif.
Pembantu Am (RM 700-850 + elaun)
• pendaftaran , membuat temujanji
• dokumentasi, rekod dan filing
• menyediakan bil
• membantu urusan pentadbiran
• membantu jualan di kedai
Pembantu Klinik Haiwan ( RM 850-RM 1,500 +elaun)
• membantu tugas Dr Veterinar
• mengendalikan haiwan (terutama kucing)
• membantu urusan klinik
• memjaga haiwan (terutama kucing)
Doktor Veterinar / Veterinarian

lain- lain maklumat
• Gaji yang ditawarkan bergantung kepada kelayakan dan pengalaman anda bekerja, walaubagaimana pun mereka yang tidak mempunyai kelayakan berkaitan tetapi MEREKA YANG TIADA APA TETAPI INGIN MENCUBA DI ALU-ALUKAN — latihan disediakan
• Kelayakan bergantung kepada jawatan yang dipohon, seandainya and hanya lepasan SPM tetapi berminat anda juga boleh memohon yang penting anda boleh MEMBACA, MENULIS, MENGIRA, BOLEH MENGUNAKAN KOMPUTER
• tempat tinggal disediakan (bg wanita bujang seandainya anda bekerja sebelum 30 April 2011)
• bonus dan kerja lebih masa , potongon KWSP dan SOCSO
• kursus berkaitan sekiranya berminat untuk ke peringkat selanjutnya berdasarkan prestasi
HUBUNGI KAMI : +60172395885 @ email lynnvetclinic@yahoo.com

new updates

hi thanks for visit….
our website still in progress..
but check this out for latest promotion
http://lynnpetscorner.wordpress.com/
and
cats for sale
http://lynnveterinaryclinic.wordpress.com/adoption/

dear our valued customer please be patient
we are trying to update our website with
new look
new arrangement
& more information

Seperti biasa, seperti tahun tahun lalu, Klinik Haiwan Lynn akan ditutup selama 3 hari iaitu bermula pada 1 Syawal sehingga 3 Syawal.

Bagi mereka yang telah membuat booking raya, Alhamdulillah bagi mereka yang belum, sila berbuat demikian secepat mungkin kerana tempat adalah terhad.  Bagi mereka yang telah membuat booking raya, sekiranya berlaku perubahan dan anda ingin membuat pembatalan sila maklumkan kepada pihak kami selewat-lewatnya seminggu sebelum raya iaitu sebelum 3hb September.  Kegagalan anda berbuat demikian, wang deposit booking TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

Untuk makluman bagi semua yang bakal meninggalkan kucing anda untuk boarding;

  • Cara dan kaedah adalah sama seperti tahun sebelumnya. Semua kucing yang ingin diboarding perlu mendapatkan suntikan imunisasi/vaksin. Sekiranya telah mempunyai rekod, sila bawa kad vaksin/imunisasi sebagai bukti. Sila pastikan rekod dikemaskini dan “updated”.  Bagi yang belum sila berbuat demikian, kucing tersebut digalakkan untuk mengambil suntikan vaksin/imunisasi seminggu sebelum boarding, ini bagi memastikan vaksin/imunisasi lebih berkesan.
  • Setiap kucing WAJIB diletakkan ubat kutu , ubat kutu yang bakal diletak SPOT ON COMBO.
  •  Klinik akan tutup 3hari (iaitu dari 1 syawal hingga 3 Syawal ) oleh yang demikian 
    • waktu terakhir untuk chek in adalah sebelum Jam 4.00 last day puasa  10/09/2010 *sekiranya raya pada 11/09/10
    • waktu terawal untuk chek out ialah 11.00pagi hari raya ke 4. 16/09/2010 *sekiranya raya pada 11/09/10
  • Sebarang pertanyaan hubungi kami or YM or FB at lynnvetclinic@yahoo.com.my

Salam Ramadhan…….

Kepada semua pelanggan yang dihormati;

Kepada yang beragama Islam kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini. Dikesempatan ini kami warga Nylsay Enterprise ingin memohon maaf seandainya ada salah dan silap.

Sila ambil perhatian Waktu Operasi kami di bulan Ramadhan yang mulia ini sehingga jam 6.00ptg sahaja. Segala kesulitan amat dikesali.

Selamat menjalani ibadah puasa di siang hari dan bertarawih di malam nya.

Salam Ramadhan dr saya Dr Lynn :)

BERCUTI

makluman kepada para pelanggan yang dihormati,

Dukacita ingin kami maklumkan bahawa Lynn Veterinary Clinic & Lynn Pets Corner akan bercuti (kedai di tutup) bermula 21 Julai sehingga 29 Julai 2010.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.